CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 3, 2009

Gempa bumi dan Tsunami pada 22 Julai 2009?



Belakangan ini, tersebar berita (khususnya melalui e-mel, SMS dan blog tertentu) bahawa gempa bumi dan tsunami akan berlaku pada 22 Julai 2009.

Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 8 April 2009 mengesahkan bahawa kesahihan andaian itu adalah diragui.

Mengikut kajian NASA, memang ada satu gerhana matahari penuh (total eclips) pada 22 Julai 2009.....

"The total solar eclipse of July 22 2009 will be visible across south-east Asia and the western Pacific. This will be a spectacular total eclipse, lasting over 6½ minutes at maximum and visible to millions of people over a path up to 258 km wide.

The total eclipse begins just off the coast of India at 00:51:17 UT on July 22, and ends in Polynesia at 04:19:26 UT on July 22. The maximum eclipse is at 02:35:21 UT on July 22, when the total phase will last a stunning 6 minutes and 39 seconds. The partial eclipse will be visible over south-east Asia, Malaysia, Indonesia and the Pacific between 23:58:19 UT on July 21 and 05:12:25 UT on July 22. "
www.hermit.org/Eclipse/2009-07-22/

Namun, ini hanya merupakan gerhana matahari yang biasa kita temui seperti pada bulan Januari yang lalu. Namun tiada kaitan dengan gempa bumi, kecuali mungkin berlaku air pasang surut atau sebagainya. Setakat ini belum ada lagi ramalan gempa bumi yang akan berlaku. Kenyataan ini disokong oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di
http://www.met.gov.my/people2/cfo/press_bm.pdf

Tetapi memang tidak dinafikan bahawa sekarang ini telah timbul pelbagai perkara-perkara pelik di serata dunia. Namun kita perlu menerima hakikat bahawa kita ini berada di akhir zaman. Bumi ini sudah terlalu tua jika kita dapat melihatnya.